Apakah fungsi dan keberkesanan YS?
Isu konflik Selatan Thai ibarat "duri dalam daging" kepada rakyat dan kerajaan Malaysia dan Thailand. Konflik ini masih berlarutan walaupun pelbagai pendekatan dan agensi kedua-dua pihak berusaha mencari resolusi terbaik. Kewujudan Task Force Malaysia 2010 (TF 2010) ibarat "the beam of light at the end of the tunnel" yang memberi harapan besar kepada masyarakat dan kerajaan Malaysia - Thailand. Akan tetapi hakikatnya cahaya harapan terus pudar hingga kini.
Sekali imbas, TF 2010 ditubuhkan bertujuan untuk mencari resolusi bagi mewujudkan kesejahteraan penduduk dan keamanan wilayah Selatan Thai melalui pelbagai landasan termasuk kesedaran keselamatan & perpaduan, pembangunan sosio-ekonomi masyarakat setempat dan sebagainya.
Objektif TF 2010 sungguh murni dan "noble" dalam kesediaannya untuk membantu masyarakat Islam dan membendung kekacauan yang menjejaskan keselamatan negara berjiran Malaysia - Thailand. Jutaan ringgit telah disuntikkan oleh kerajaan untuk pelaksanaan program dan projek berkaitan. Namun, pelaksanaan program oleh TF 2010 telah menimbulkan pelbagai persoalan tentang fungsi dan keberkesanannya. Realitinya, TF 2010 telah berkubur pada 31 Dis 2009.
Sebaliknya kini Yayasan Sutera (YS) diwujudkan sebagai kesinambungan TF 2010 namun rakyat tidak sedar akan kewujudannya, apa lagi peranan dan fungsinya? Masyarakat kedua-dua pihak terus keliru dan binggung akan keberkesanan YS hingga kini. Konflik masih berterusan dan tidak memperlihatkan noktah kepada kekacauan. Keadaan masyarakat Islam masih tidak berubah. Justeru, YS disaran memperjelaskannya. Adakah YS masih relevan???
Salam Bro, ni lah masalahnya kalau nak wujudkan satu badan sekadar nak mengejar glamour, nak raih dana, peruntukan dari kerajaan. Whereby, satu hapa pon tindakannya kita tak nampak. Dari dulu lagi gua dok perati sewaktu penubuhannya kalau tak silap pada Julai 11, masa tu punya lah dok usong fail sana-usong fail sini, nak dapatkan kelulusan cepat, nak kaut dana..lepas tu sampai la ni, dia buat sonyap saja. Gua pon dah tak paham dengan NGO macan ni, bila nakkan sesuatu dia punya heboh macam ayam serama nak bertelor, mereka tak pikir ke disebabkan mereka kerajaan yang dapat nama, hampeh....kalau tak caya cuma pergi laman web dia..haram tak ada apa http://yayasansutera.net/index.php?id=1&mnu=1
ReplyDeleteini Yayasan Sutera yang mana satu...?
ReplyDeletebetul ke yang dimaksudkan http://yayasansutera.net
ReplyDelete