Di mana arah "kiblat" ?
PRU 13 menjelang dalam masa terdekat. Penjawat awam dianggap sebagai "fixed deposit" kerajaan memerintah. Namun hakikatnya dari sudut demokrasi, kebebasan hak memilih menjadi teras pendirian setiap individu. Justeru, keupayaan pihak bertanding yang dapat memenuhi aspirasi golongan ini menjadi taruhan sebagai penetuan sokongan.
Adakah pembentangan Bajet 2012 mampu menjamin sokongan? Atau adakah faktor-faktor lain yang menjadi penentu? Atau adakah perubahan yang diinginkan? Satu peringatan dari orang tua-tua, "mendengar guruh di langgit, air tempayan dicurah jangan" atau sebaliknya "air tempayan dicurahkan sebelum mendengar guruh di langgit".
Walau apa pun, realitinya kerajaan kekal menjadi "stakeholder" kepada penjawat awam. Persoalannya, Kenapakah masih wujud kelompok yang tidak menyokong? Kenapakah masih wujud unsur-unsur kesangsian walaupun pelbagai insentif telah diberikan? Atau adakah mereka lebih yakin dengan janji-janji pihak lain? Atau adakah masih wujud permasalahan lain yang terlepas pandang? Di mana silapnya................!!?? Semuanya memerlukan resolusi segera dan meyakinkan. Apakah itu? Jangan bila terhantuk baru tengadah.
Penjawat awam, di mana arah "kiblat"? Tepuk dada, tanya selera.
Yang ni gua tak berapa setuju Bro, kenyataan "air tempayan dicurahkan sebelum mendengar guruh di langgit", itu salah tu..yang dalam tempayan biarlah dia kat situ yang perlu dibuat ialah bila dengar guruh di langit, sediakan tempayan baru, barulah kena..he..he
ReplyDeleteBagi gua, pemberian bonus tu kalau diambil secara positif, tak ada kena mengena dengan PRU pon, bukannya niat kerajaan nak pancing undi. Bagi gua itu niat murni kerajaan sebagai menghargai jasa dan sumbangan penjawat awam terhadap pembangunan negara..salah ke? Ni lah masalahnya kalau pemikiran kita terlalu jumud. Bagi gua, gua tak heran langsung dengan kumpulan yang anti-establishment ni, kalau bak mengutuk kerajaan bagai nak rak, tapi bila time bonus, dia lah orang pertama yang sua muka kat bank.