Monday, November 21, 2011

NFC - Duri Dalam Daging

Isu NFC (National Feedlot Corporation Sdn Bhd) menjadi fokus utama pelbagai pihak terutama parti pembangkang manakala rakyat ingin tahu perkara sebenar. Isu ini perlu diperjelaskan kepada rakyat secara telus 'without leaving any stone unturn'. Bagi BN pula, isu NFC ibarat "Duri Dalam Daging" - dicabut sakit, dibiarkan bernanah!


Kerajaan Pusat perlu tegas dalam isu ini dan bertindak terhadap mereka yang bertanggungjawab. Isu ini boleh mengheret BN menghadapi laluan sukar dalam PRU 13 nanti.


Persoalan pokok yang perlu diperjelaskan meliputi:


*Rujuk Laporan Ketua Audit Negara: Kenapa NFC gagal memenuhi matlamat kontrak bernilai RM250 juta bagi memenuhi keperluan daging tempatan?


*Kenapa dan mengapa NFC tidak dapat menepati sasaran untuk membiak 60,000 ekor lembu setahun? Benarkah NFC membiak sekitar 8,000 ekor lembu sahaja?


*Kenapa NFC membeli kondo mewah di Bangsar dengan harga sekitar RM10 juta menggunakan dana yang diperuntukkan untuk projek lembu?


*Benarkah keluarga Ketua Wanita UMNO membelanjakan sekitar RM820,000 dari peruntukan projek lembu tersebut untuk melancong ke luar negara?


Rakyat dijangka akan terus mengikuti isu ini secara dekat di samping akan melihat tindakan susulan yang bakal diambil oleh SPRM, PAC dan Kerajaan kerana isu ini 'cannot be swept under the carpet' sekiranya terdapat elemen 'breach of trust' ke atas jutaan wang rakyat.


Penjelasan kepada rakyat 1Malaysia perlu diutamakan!!



Tuesday, November 1, 2011

Penjawat Awam

Di mana arah "kiblat" ?

PRU 13 menjelang dalam masa terdekat. Penjawat awam dianggap sebagai "fixed deposit" kerajaan memerintah. Namun hakikatnya dari sudut demokrasi, kebebasan hak memilih menjadi teras pendirian setiap individu. Justeru, keupayaan pihak bertanding yang dapat memenuhi aspirasi golongan ini menjadi taruhan sebagai penetuan sokongan.

Adakah pembentangan Bajet 2012 mampu menjamin sokongan? Atau adakah faktor-faktor lain yang menjadi penentu? Atau adakah perubahan yang diinginkan? Satu peringatan dari orang tua-tua, "mendengar guruh di langgit, air tempayan dicurah jangan" atau sebaliknya "air tempayan dicurahkan sebelum mendengar guruh di langgit".

Walau apa pun, realitinya kerajaan kekal menjadi "stakeholder" kepada penjawat awam. Persoalannya, Kenapakah masih wujud kelompok yang tidak menyokong? Kenapakah masih wujud unsur-unsur kesangsian walaupun pelbagai insentif telah diberikan? Atau adakah mereka lebih yakin dengan janji-janji pihak lain? Atau adakah masih wujud permasalahan lain yang terlepas pandang? Di mana silapnya................!!?? Semuanya memerlukan resolusi segera dan meyakinkan. Apakah itu? Jangan bila terhantuk baru tengadah.

Penjawat awam, di mana arah "kiblat"? Tepuk dada, tanya selera.

Yayasan Sutera

Apakah fungsi dan keberkesanan YS?

Isu konflik Selatan Thai ibarat "duri dalam daging" kepada rakyat dan kerajaan Malaysia dan Thailand. Konflik ini masih berlarutan walaupun pelbagai pendekatan dan agensi kedua-dua pihak berusaha mencari resolusi terbaik. Kewujudan Task Force Malaysia 2010 (TF 2010) ibarat "the beam of light at the end of the tunnel" yang memberi harapan besar kepada masyarakat dan kerajaan Malaysia - Thailand. Akan tetapi hakikatnya cahaya harapan terus pudar hingga kini.

Sekali imbas, TF 2010 ditubuhkan bertujuan untuk mencari resolusi bagi mewujudkan kesejahteraan penduduk dan keamanan wilayah Selatan Thai melalui pelbagai landasan termasuk kesedaran keselamatan & perpaduan, pembangunan sosio-ekonomi masyarakat setempat dan sebagainya.

Objektif TF 2010 sungguh murni dan "noble" dalam kesediaannya untuk membantu masyarakat Islam dan membendung kekacauan yang menjejaskan keselamatan negara berjiran Malaysia - Thailand. Jutaan ringgit telah disuntikkan oleh kerajaan untuk pelaksanaan program dan projek berkaitan. Namun, pelaksanaan program oleh TF 2010 telah menimbulkan pelbagai persoalan tentang fungsi dan keberkesanannya. Realitinya, TF 2010 telah berkubur pada 31 Dis 2009.

Sebaliknya kini Yayasan Sutera (YS) diwujudkan sebagai kesinambungan TF 2010 namun rakyat tidak sedar akan kewujudannya, apa lagi peranan dan fungsinya? Masyarakat kedua-dua pihak terus keliru dan binggung akan keberkesanan YS hingga kini. Konflik masih berterusan dan tidak memperlihatkan noktah kepada kekacauan. Keadaan masyarakat Islam masih tidak berubah. Justeru, YS disaran memperjelaskannya. Adakah YS masih relevan???

fencesitter-mind

fencesitter-mind.blogspot

Blog ini akan cuba membincangkan secara ikhlas pelbagai isu dari perspektif "berkecuali" (without fear or favour) dengan objektif utama untuk "trigger"
pihak tertentu dalam mencari resolusi terbaik mengenai isu yang dipaparkan.

Walaupun blog ini masih di peringkat tunas namun ianya akan tumbuh
menjadi pepohon yang segar dan kental dalam mengharungi cuaca yang tidak
menentu - tak lapuk dek hujan, tak layu dek panas! Insya'Allah.

Pelawat dan pengikut blog ini diseru agar memberi komen yang bernas ke atas
isu yang dibincangkan tanpa sebarang unsur fitnah demi kebaikan semua pihak.

Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah jua.